NADI Mahir Pertanian Pintar Minggu 4

13 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 12 February 2025 (Rabu), telah diadakan kelas NADI Mahir Pertanian Pintar untuk minggu yang ke-empat. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kg. Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi.

Untuk kelas minggu ke-empat ini, peserta telah diperkenalkan dengan pengurusan tanah: semaian benih dimana para peserta telah diajar cara untuk menyemai benih secara fetigasi. Pada minggu ni juga terdapat kuiz yang perlu dijawab oleh peserta MAHIR Pertanian Pintar bagi menguji pemahaman peserta mengenai konsep-konsep penting dalam sistem fertigasi serta faktor-faktor yang mempengaruhi kesuburan tanah.

Diharap kelas ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali